ISBN & ISSN



Apa itu ISBN

ISBN adalah singkatan dari International Standard Book Number. ISBN diperuntukkan bagi buku-buku yang diterbitkan oleh suatu penerbit atau yang dikumpulkan oleh perpustakaan. Tujuannya adalah untuk mengkoordinasikan dan menyeragamkan pemakaian nombor-nombor buku secara global.

Sehingga suatu ISBN menunjukkan satu judul atau satu edisi dari satu penerbit tertentu. 

Kepada yang mahu menerbitkan buku sendiri, anda perlu mendapatkan nombor ISBN bagi membolehkan buku anda layak 'dipanggil' buku. Tujuannya ialah supaya buku anda dapat dikesan dengan mudah. 

Apatah lagi, jika buku itu masuk ke kedai buku, pekedai akan mengesan buku anda menggunakan nombor ISBN yang sememangnya unik.

Semua judul buku adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISBN dan diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISBN. ISBN perlu dipohon sebelum buku dicetak. 

Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula. Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan pada judul.  baca lagi...




Apa itu ISSN 
ISSN adalah singkatan dari International Standard Serial Number ( cth: ISSN 0126-1460 ). ISSN, merupakan nombor identifikasi yang diberikan kepada terbitan berkala. Termasuk dalam terbitan berkala adalah majalah, surat khabar, newsletter (warta), buku tahunan, laporan tahunan dan prosiding. Nombor ISSN akan lebih memudahkan pengurusan pentadbiran seperti urusan melanggan majalah kerana dengan adanya nombor ISSN ini, akan mengelakkan kesilapan pesanan akibat terdapat banyak majalah yang sama atau hampir sama judulnya. 
baca lagi...



PROSES PERMOHONAN ISBN / ISSN
Sebarang permohonan boleh dibuat terus kepada Pusat Bibliografi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, namun bagi kakitangan POLISAS, pihak Unit Perpustakaan POLISAS boleh membantu di dalam proses permohonan tersebut bagi individu atau Jabatan yang ingin membuat penerbitan bahan bercetak. 

ISBN

 




ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku.


ISSN 








Setelah mendapat nombor ISBN@ISSN (KOD JALUR / BARCODE) daripada Pusat Kebangsaan ISBN / ISSN Malaysia, penerbit boleh menghasilkan sendiri barkod melalui laman web Free Online Barcode Generator secara percuma di laman sesawang ini http://www.free-barcode-generator.net/ dan pilih menu ISBN atau ISSN.


 Selepas mendapat ISBN @ ISSN, dan buku telah siap dicetak, 5 naskhah mestilah diserahkan kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara dalam tempoh 1 bulan dari tarikh buku terbit. Ini adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan pihak penerbit boleh didenda tidak melebihi RM3,000 (Seksyen 4(3) Akta yang sama). 

Bagi terbitan dari POLISAS, penyerahan bahan tersebut boleh dibuat melalui Unit Perpustakaan POLISAS.













0 comments:

Post a Comment