Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)


Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) merupakan perkhidmatan antara perpustakaan yang disediakan kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dari perpustakaan lain sekiranya bahan tersebut tiada dalam koleksi Perpustakaan POLISAS.  Perkhidmatan ini juga dikenali sebagai Perkhidmatan Antara Perpustakaan.  Pengguna boleh menyemak di OPAC Perpustakaan Akademik untuk menyemak ketersediaan bahan di perpustakaan berkaitan.  Pengguna boleh memohon pinjaman antara perpustakaan melalui Borang Pinjaman Antara Perpustakaan di Kaunter Perkhidmatan.

Kelayakan Permohonan:
Semua pengguna Perpustakaan POLISAS yang berdaftar.


  Bahan yang  boleh dipinjam:
  • Bahan Bercetak
  • Artikel Jurnal
  • Kertas Persidangan.
 Bahan yang tidak boleh dipinjam:
  • Bahan dari koleksi terhad/Redspot
  • Tesis/Kertas Projek
  • Bahan Audio Visual
  • Majalah/Jurnal Terkini
  • Bahan-bahan lain, tertakluk kepada perpustakaan pembekal

Permohonan Bahan:
  • Sebelum mengisi borang, sila pastikan bahawa bahan yang dikehendaki tiada dalam koleksi Perpustakaan POLISAS dengan menyemak WebOPAC POLISAS. 
  • Lengkapkan borang permohanan Pinjaman Antara Perpustakaan yang boleh didapati di kaunter perkhidmatan.
  • Kakitangan Perpustakaan POLISAS akan menguruskan proses pinjaman dengan Perpustakaan Pembekal.
  • Setiap pengguna layak memohon 3 bahan dalam satu masa.

Tempoh Pinjaman:
Mengikut Perpustakaan Pembekal, antara 2-4 minggu.

Pengambilan Bahan:
  • Pemohon akan dimaklumkan melalui telefon atau e-mel sekiranya bahan telah diterima daripada institusi pembekal.
  • Bahan boleh diambil dari perpustakaan POLISAS berdasarkan waktu perkhidmatan.
  • Bahan yang tidak dituntut akan disimpan selama dua (2) minggu sebelum dikembalikan kepada Perpustakaan Pembekal.

Kadar dan Cara Bayaran:
  • Perkhidmatan SPP adalah berbayar.  Kadar caj berubah dari masa ke semasa bergantung kepada Perpustakaan Pembekal.
  • Pinjaman buku dari perpustakaan dalam negara adalah percuma.(hanya caj penghantaran dikenakan)
  • Pemohon perlu menjelaskan bayaran sebelum bahan diambil.

Tanggungjawab Pemohon:
  • Pemohon perlu menyimpan semua judul bahan yang dimohon untuk rujukan sendiri.
  • Mengambil bahan yang dimohon serta memulangkan pinjaman bahan dengan kadar segera.
  • Pemohon bertanggungjawab sekiranya bahan hilang atau rosak semasa dalam pinjaman mereka.  Kadar bayaran denda tertakluk kepada Perpustakaan Pembekal.
  • Pemohon perlu memulangkan bahan pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan. 



Sekiranya ingin cetak,, klik image, 'save image as' JPG dan CETAK













0 comments:

Post a Comment