U-Pustaka

Apa Itu U-Pustaka?
U-Pustaka atau U-Library merupakan akronim kepada Ubiquitous Library atau Perpustakaan Ubiquitous. Ubiquitous membawa maksud, bila-bila masa di mana sahaja.

Perpustakaan Konsortium u-Library dianggotai oleh 7 buah perpustakaan di Malaysia iaitu:
  • Perpustakaan Negara Malaysia
  • Perpustakaan Awam Pahang
  • Perpustakaan Awam Selangor
  • Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
  • Perpustakaan Negeri Sarawak
  • Perpustakaan Kuala Lumpur
  • Perpustakaan INTAN Kuala Lumpur
manakala agensi lain yang turut menjayakan adalah:
  • Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • MAMPU
  • EPU
Bagaimana tercetus u-Library
u-Library merupakan komponen di bawah Inisiatif Jalurlebar Kebangsan bagi menggalakkan penggunaan jalurlebar di kalangan masyarakat melalui kandungan tempatan dan pembudayaan ilmu pengetahuan di mana-mana dan bila-bila masa!


Komponen u-Library
  • Infrastruktur-Komponen ICT, Jalurlebar, komponen RFID (Radio Frequency Identification)-meliputi Stesen Kaunter, Tagging, Kiosk Pelbagaiguna, Gelongsor Buku
  • Infostruktur- Portal, Pangkalan Data
  • Perkhidmatan-Penghantaran (Pos Laju), Cashless Payment (MePS & Touch n Go)
Aliran Proses u-Library:
  1. Pendaftaran Keahlian*
  2. Verifikasi akaun melalui emel
  3. Tempahan bahan perpustakaan (7 Perpustakaan) secara online*
  4. Penghantaran bahan yang dipinjam melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui*
  5. Pemulangan semula bahan ke perpustakaan melaui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui*
*Mengikut terma & syarat serta polisi u-Library
Maklumat lanjut mengenai u-Library, sila layari  www.u-library.gov.my/portal

LINK:
  1. perpustakaan ubiquitous u-library
  2. Poster_U-Library.pdf
  3. Library books delivered at your doorstep
  4. Ubiquitous Library Project

    0 comments:

    Post a Comment