Koleksi Umum & Rujukan Red Spot

a) Koleksi Umum
Semua bahan disusun di atas rak terbuka mengikut skim pengkelasan Library of Congress (LC). Tempoh pinjaman bagi bahan adalah selama 2 minggu dan bagi pelajar  terhad kepada 3 buah buku sahaja. Manakala bagi pensyarah adalah 8 buah buku bagi tempoh sebulan.Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja.

b) Koleksi Rujukan/Terhad (Red Spot)
Koleksi Rujukan terdapat di Aras 2. Koleksi ini hanya dibenarkan untuk rujukan di perpustakaan sahaja . Koleksi Terhad ditandakan dengan satu bintang atau bulat merah dan bertanda R  pada label  koleksi dan terdiri dari bahan bacaan yang mempunyai kandungan yang sensitiviti, bahan bacaan berjilid, bahan yang terhad di pasaran dan bahan bacaan berlebihan yang diperolehi  dari perpustakaan.
Antara koleksi rujukan adalah kamus, Who’s Who, Atlas, Laporan Tahunan, Kertas Soalan, Bibliografi, Indeks dan Buku Panduan. Koleksi rujukan terdiri daripada kamus, ensiklopedia, bahan panduan, bibliografi, almanak, thesaurus, laporan tahunan dan tesis sumbangan Jabatan Pendidikan Teknikal. Koleksi rujukan hanya boleh digunakan di perpustakaan sahaja. Sekiranya pengguna memerlukan bantuan sila berjumpa kakitangan di kaunter. Semua  buku rujukan ditempatkan di Aras 2 Perpustakaan POLISAS.

0 comments:

Post a Comment