Program "Jom Baca Bersama 10 Minit 2017"

Semua yang berkelapangan dijemput hadir ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi program ini

Perpustakaan POLISAS

Bilik Diskusi, Aras 2

Perpustakaan POLISAS

Ruang Santai Majalah dan Surat Khabar, Aras Bawah

Minggu Peperiksaan @ Perpustakaan Free Coffee@Coffee Corner

Aktiviti Minggu Peperiksaan 2018, 26 Mac Hingga 13 April 2018

Sumber Elektronik@PNM

 
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli kepada portal sumber elektronik PNM. Dengan menjadi ahli kepada portal sumber elektronik PNM, pengguna akan mendapat keistimewaan untuk mengakses secara eksklusif pangkalan data-pangkalan data khusus tertentu yang telah dilanggan oleh PNM serta sumber-sumber elektronik yang telah dihasil dan disediakan oleh PNM. Portal sumber elektronik PNM ini boleh dilayari di alamat sesawang berikut: http://www.pnmdigital.gov.my atau http://pnmdigital.com/

Antara perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh PNM adalah seperti berikut:
(a)Encyclopedia Britannica Online (EBO)
(b)World e-Book Library
(c)Credo Reference
(d)EBSCOHost
(e)eBrary
(f) BLIS (Bernama)
(g)Overdrive (Peminjaman e-Buku secara dalam talian)
(h)Zinio (Akses kepada e-Majalah terbitan luar negara)
(i)Emerald Management Xtra
(j)iG Library
(k)Library PRESSDISPLAY

Selain dari pangkalan data tersebut di atas, PNM juga turut menyediakan akses kepada koleksi-koleksi Malaysiana terpilih, yang telah didigitasikan yang mana ia merangkumi bahan-bahan seperti koleksi Manuskrip Melayu, Buku Nadir, Koleksi Peribadi, terbitan-terbitan PNM dan sebagainya. Untuk kemudahan anda juga, PNM telah menyediakan pautan akses kepada pautan sumber digital dari dalam dan luar negara yang boleh anda manfaatkan. Selamat menggunakan portal sumber elektronik PNM!
(Petikan teks diekstrak dari pnmdigital.com)