Program "Jom Baca Bersama 10 Minit 2019"

Semua yang berkelapangan dijemput hadir ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi program ini

Perpustakaan POLISAS

Bilik Diskusi, Aras 2

Perpustakaan POLISAS

Ruang Santai Majalah dan Surat Khabar, Aras Bawah

Minggu Peperiksaan @ Perpustakaan Free Coffee@Coffee Corner

Aktiviti Minggu Peperiksaan 2019, 8 April Hingga 26 April 2019

TUTORIAL WEB OPAC












Laman Web OPAC boleh diakses oleh semua pengguna. Sila lawati  laman Web POLISAS di  http://library.polisas.edu.my/ untuk menyemak Judul / Bahan yang terdapat dalam koleksi.
Sertai kuiz  &  menangi hadiah menarik!
 
Sempena Pameran Sejarah Kesultanan Melayu Pahang, kami menganjurkan kuiz sejarah serta pengunjung bertuah di Pameran tersebut. Isikan nama di BUKU PELAWAT serta Jawab Kuiz Pameran dan hantarkan jawapan yang lengkap kepada kami pada atau sebelum 26 Ogos 2011 dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik!

Ceramah Perancangan Rekabentuk Perpustakaan Awam

Unit Perpustakaan telah dijemput untuk memberikan Ceramah mengenai Perancangan Rekabentuk & Sistem  Pengurusan Perpustakaan Awam kepada pelajar Kursus Diploma Seni Bina(DSB) Sesi Jun 2011. Puan Hasnita Zakaria selaku Pustakawan Kanan POLISAS telah memberikan ceramah tersebut pada 8 Ogos 2011, bertempat di Bilik Tayangan Perpustakaan POLISAS.  Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, En Sulaiman Abdul Kadir, hasil projek rekabentuk pelajar tersebut akan dihantar bagi menyertai pertandingan Nippon Paint Young Designer's Award anjuran Nippon Paint Malaysia. Semoga Berjaya!

Keahlian

PENDAFTARAN KEAHLIAN

Semua pembaca perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan POLISAS. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Tempoh keahlian sah sepanjang pengajian pelajar dan perkhidmatan kakitangan POLISAS. Pendaftaran keahlian boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan di kaunter pendaftaran.
                                         
          KATEGORI KEAHLIAN
          
          Kakitangan POLISAS
          Menggunakan Kad pengenalan

          Pelajar POLISAS
          Menggunakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi;
Kaunter Pendaftaran,
Aras Bawah ,
Perpustakaan POLISAS

Koleksi Fiksyen

Koleksi Fiksyen
Koleksi ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan bacaan rekreasi dan hiburan iaitu novel di dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

Terbitan Bersiri dan Suratkhabar / Keratan

Koleksi Terbitan Bersiri
Bahan-bahan di dalam koleksi ini terdiri daripada jurnal, bulletin dan majalah. Bahan-bahan ini tidak boleh dibawa keluar daripada Bilik Bacaan. Terdapat juga di dalam bentuk berjilid di sudut bacaan contoh koleksi ialah Mastika, Siswa,Sri Dewi dan Keluarga, Impiana, Digital Camera dan lain-lain.Terbitan bersiri bagi tahun kebelakang boleh didapati dalam bentuk berjilid.

Koleksi Suratkhabar
Perpustakaan menyediakan beberapa judul suratkhabar harian tempatan untuk bacaan umum seperti Berita harian,Sinar Harian,News straits Time, Harian Metro, dan lain- lain.
Suratkhabar ini ditempatkan di Sudut Suratkhabar. Suratkhabar bagi bulan semasa disimpan di Bilik Suratkhabar di Aras 1.

Koleksi Keratan Akhbar
Koleksi ini dibukukan dan  disediakan di Aras 2  untuk pelajar dan pensyarah mencari bahan dan berita dari surat khabar sebagai rujukan dalam proses pembelajaran.
/ Koleksi Umum

 

Sumber Media & AV

Koleksi Sumber Media
Koleksi ini meliputi cakera padat (CD), kaset, pita video dan bahan alat pandang dengar. Untuk mendapatkan koleksi ini sila rujuk kakitangan yang bertugas di kaunter rujukan.

Koleksi Audio Visual
Perpustakaan mempunyai koleksi Audio Visual yang terdiri daripada CD-ROM, Disket, Pita Video, Pita Audio dan Kit Multimedia. Koleksi media ini mengandungi maklumat dalam bidang pengurusan, pengetahuan am, komputer grafik, agama, sains & teknologi dan sebagainya. Bahan-bahan ini di rak Multimedia. Koleksi ini hanya boleh dipinjam oleh Pensyarah.


Koleksi Umum & Rujukan Red Spot

a) Koleksi Umum
Semua bahan disusun di atas rak terbuka mengikut skim pengkelasan Library of Congress (LC). Tempoh pinjaman bagi bahan adalah selama 2 minggu dan bagi pelajar  terhad kepada 3 buah buku sahaja. Manakala bagi pensyarah adalah 8 buah buku bagi tempoh sebulan.Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja.

b) Koleksi Rujukan/Terhad (Red Spot)
Koleksi Rujukan terdapat di Aras 2. Koleksi ini hanya dibenarkan untuk rujukan di perpustakaan sahaja . Koleksi Terhad ditandakan dengan satu bintang atau bulat merah dan bertanda R  pada label  koleksi dan terdiri dari bahan bacaan yang mempunyai kandungan yang sensitiviti, bahan bacaan berjilid, bahan yang terhad di pasaran dan bahan bacaan berlebihan yang diperolehi  dari perpustakaan.
Antara koleksi rujukan adalah kamus, Who’s Who, Atlas, Laporan Tahunan, Kertas Soalan, Bibliografi, Indeks dan Buku Panduan. Koleksi rujukan terdiri daripada kamus, ensiklopedia, bahan panduan, bibliografi, almanak, thesaurus, laporan tahunan dan tesis sumbangan Jabatan Pendidikan Teknikal. Koleksi rujukan hanya boleh digunakan di perpustakaan sahaja. Sekiranya pengguna memerlukan bantuan sila berjumpa kakitangan di kaunter. Semua  buku rujukan ditempatkan di Aras 2 Perpustakaan POLISAS.

Carta Organisasi


CARTA ORGANISASI UNIT PERPUSTAKAAN POLISAS



Misi & Visi

VISI
Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan.
MISI
Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan.