Dunia Buku@Perpustakaan

12,358 perpustakaan akan ditransformasi

Oleh amran mulup 
pengarang@utusan.com.ny 
26 Ogos 2013

MELAKA 26 Ogos - Sebanyak 12,358 perpustakaan di seluruh negara akan ditransformasi bagi menepati tuntutan era digital bagi menarik minat lebih ramai generasi muda. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, wajah baharu perpustakaan perlu dilakukan segera dalam usaha meningkatkan skop perkhidmatan, penyelidikan, teknologi berkomputer dan maklumat (ICT) serta inovasi.Menurutnya, bagi tujuan itu kementerian akan membantu menyalurkan peruntukan kewangan supaya hasrat memastikan perpustakaan menjadi lokasi mendapatkan sebarang maklumat dapat direalisasikan."Bukan sahaja perpustakaan akan berwajah baharu dari segi peranannya selepas ini, malah pustakawan juga akan ditransformasikan menjadi lebih efisien. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130827/dn_14/12358-perpustakaan-akan-ditransformasi#ixzz2dETU9XfT© Utusan Melayu (M) Bhd





Back Story: Books vs. E-Books
Does one have to win?





 This poster from Newsweek summarizes the printed book versus the e-book debate. There are some really interesting stats in the graphic like:
 1. Book authors, on an average, get $3.90 per sale of every printed book while the author royalty amount is $2.12 in the case of e-book downloads.

2. Average production cost for a $26 printed hardcover is $4.05 while the average cost for $9.99 e-book is around 50 ¢.
3. When people buy an e-reader like the Kindle or the Nooks, only 15% of them will actually stop purchasing printed books.




Mobile Library

Laporan asal DesignBoom
18 July 2012 
A47 ialah sebuah perpustakaan bergerak yang beroperasi di Mexico City. Ia dipunyai oleh NGO A47 yang mahu menimbulkan tabiat membaca dikalangan penduduk Mexico City. Ia mempunyai rekaan terbuka dan ini memudahkan orang masuk dan keluar darinya. Lantainya pula boleh diubah ketinggian mengikut kehendak dan fungsi. Perpustakaan ini boleh diubah menjadi wayang bergerak juga jika perlu. Sebanyak 1500 buah buku boleh dibawa pada satu-satu masa. Jika trak diperlukan untuk tugas lain buku ini dapat dikeluarkan dengan segera, lori ini sekaligus boleh digunakan untuk pelbagai fungsi selepas itu. Tidak membazir parkir di perkarangan perpustakaan kerana ianya boleh berfungsi sebagai Perpustakaan  bergerak. Genius dan idea yang boleh digunakan di Malaysia jika perlu.




Laporan asal DesignBoom
18 July 2012









Utusan Malaysia : 24 September 2012




SIla klik ! untuk ke link portal Berita Harian : 24 Ogos 2012





*Sila klik gambar dan view image
Mingguan Malaysia : 1 Julai 2012 (Oh Koleksiku)



























Berita Harian : 28 Jun 2012 (Rencana)
 *Sila klik gambar dan view image utk paparan jelas




Perlukah buku kanak-kanak ditapis?
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
2012/05/23

 Unsur pornografi, jenayah boleh pengaruhi moral generasi muda

ISU penapisan buku menjadi persoalan sensitif ketika warga dunia semakin peka dan heboh terhadap kebebasan bersuara serta ekspresi khususnya dalam ruang lingkup perbukuan dan persuratan.Bagaimanapun, mustahil kebebasan itu boleh bersifat mutlak kerana masyarakat dan undang-undang meletakkan sempadan tertentu yang tidak boleh dilanggar.

Malah di Amerika Syarikat (AS), perpustakaan di seluruh negara itu melaporkan ratusan judul dicabar untuk dikeluarkan daripada koleksi mereka.

Persatuan Perpustakaan Amerika melaporkan sebahagian besar judul yang dicabar di mahkamah itu kerana memiliki kandungan seksual yang eksplisit dan subjek yang tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur.

Di Malaysia, buku Where Did I Come From karya Peter Mayle diharamkan mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengandungi unsur memudaratkan moral masyarakat dan kepentingan awam.
Berikutan itu, sesiapa yang didapati memiliki, mengedar, menjual atau mengimport buku berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali..Baca Lagi.....




Media cetak 'lawan' digital

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2012/05/22





ANTARA media cetak (kiri) berbanding media digital.
Di Amerika Syarikat akhbar diramalkan mati lima tahun lagi, di Malaysia 2029
BAGAIMANA nasib dunia penerbitan di Malaysia dalam tempoh lima tahun dari sekarang? Di Amerika, diramalkan lima tahun lagi penerbitan akhbar akan mati. Namun di Malaysia, dipercayai ia masih boleh bertahan sehingga 2029. Kebarangkalian ini tercetus lewat letusan teknologi yang perlahan-lahan mula menguasai dunia hingga memungkinkan penerbitan dalam bentuk fizikal bukan lagi keutamaan. Untuk 2010, jualan peranti tablet mencecah 19.5 juta orang dengan jualan 11 juta e-pembaca. Angka jualan peranti tablet dijangka menjangkau 208 juta menjelang 2014. Di Malaysia untuk sepanjang tahun lalu, 656,000 unit tablet terjual dengan nisbah tablet dan komputer riba adalah 48:52.
Penerbitan digital adalah medan seterusnya. Kita perlu merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya. Hari ini dunia penerbitan sewajarnya sudah memulakan langkah dalam penerbitan digital kerana kita adalah pengguna teknologi. Apatah peranti tablet semakin mudah didapati pada harga murah dan pasaran semakin berkembang. - Aman Firdaus, Pakar Runding Amanz Network 
Pakar Runding Amanz Network, Aman Firdaus berkata, dunia semakin diambil alih oleh digital dan dalam ruang lingkup penerbitan, ia bukan hanya membabitkan buku dan akhbar, tetapi juga video mahupun audio, lalu kemungkinan pupusnya bahan cetak secara fizikal sememangnya besar.

“Penerbitan digital adalah medan seterusnya. Kita perlu merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya. Hari ini dunia penerbitan sewajarnya sudah memulakan langkah dalam penerbitan digital kerana kita adalah pengguna teknologi. Apatah peranti tablet semakin mudah didapati pada harga murah dan pasaran semakin berkembang,” katanya pada Seminar Penerbit Semakin Gulung Tikar Kerana Teknologi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, baru-baru ini. Baca Lagi.....

  

 

Sinar Harian : 15 Mei 2012 (Nasional)

  

 

Sinar Harian : 15 Mei 2012 (Nasional)


Dr. M ikon budaya membaca 

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

PROGRAM Galakan Membaca merupakan satu usaha kerjasama pelbagai pihak yang diselia Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama jabatan dan agensi kerajaan.Turut memberi kerjasama, syarikat-syarikat swasta, persatuan penulis, penerbit, institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah serta orang perseorangan dalam melaksanakan bermacam program secara berterusan.Secara bersama, tidak kurang daripada 8,000 program dijalankan setiap tahun di seluruh negara sejak 2009 dengan penglibatan 1.7 juta peserta pada 2009, lebih 600,000 peserta pada 2010 dan lebih 2 juta peserta pada 2011.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia juga menunjukkan program galakan membaca yang bermula pada 2006 meningkatkan trend pembacaan rakyat dari dua buku setahun pada 2005 kepada lapan hingga 12 buku setahun pada 2010.Bagi memenuhi kehendak membaca 'Generasi Y' pula, pembacaan menggunakan medium selain buku seperti portal dan pangkalan data elektronik turut dibangunkan dengan 21.61 juta akses perkhidmatan atas talian pada 2010 berbanding 5.74 juta pada 2008.Ini akan terus ditingkatkan PNM selaras dengan kemunculan pelbagai gajet elektronik yang canggih di pasaran seperti komputer tablet dan telefon pintar yang mempunyai aplikasi untuk mengakses bahan bacaan seperti e-book..Baca Lagi.....
Utusan Online (Rencana) : 14 Mei 2012



Minat membaca makin berputik


Oleh Muhammad Nizam Abdul Ghani
2012/03/21

DALAM tempoh 14 tahun, kadar bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam setahun bertambah daripada dua buah pada 1996 kepada lapan pada 2010. Itulah fakta terkini mengenai budaya membaca rakyat Malaysia seperti didedahkan Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Siti Rodziah Othman, baru-baru ini.

Sungguhpun kadar bahan bacaan rakyat Malaysia dalam setahun meningkat, namun ia belum dapat menandingi rakyat di beberapa negara yang berpendapatan tinggi seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Sesungguhnya senario peningkatan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia mutakhir ini suatu perkembangan yang positif. Kita tidak dapat menafikan bahawa kecanggihan aplikasi teknologi maklumat seperti Internet dan BlackBerry yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kontemporari membuka ruang kepada semua orang untuk mengakses pelbagai bahan bacaan sama ada terbitan tempatan ataupun antarabangsa.
Baca Lagi..... 
Harian Metro Online (Minda/Setempat) : 21 Mac 2012
 


Menjadi hebat dengan membaca

Ada kepuasan yang berbeza apabila kita membaca buku berbanding dengan membaca majalah mahupun akhbar. Dengan kita membaca akhbar, kita memperoleh lebih banyak berita daripada maklumat.
Kerencaman kandungan akhbar dan pendeknya sesebuah berita itu menjadikan kita dapat menghabiskan bacaan sesebuah akhbar dalam waktu singkat. Kepuasan membaca pun sedikit.
Apabila kita membelek majalah pula, keseronokan membaca kita bertambah berbanding membaca akhbar. Selain daripada berita, majalah memaparkan maklumat yang boleh dijadikan pengetahuan. Artikel-artikel yang dipaparkan juga lebih panjang dan justeru itu menjadikan minda kita lebih terisi.Baca Lagi.....
Sinar Harian Online (Cetusan/Kolumnis) : 21 Mac 2012

 

 

Berita Harian : 14 Mac 2012 (Forum)

 

 

Suasana di perpustakaan perlukan perubahan
Oleh Bernama

2012/03/2

BOSAN tidak menarik dan hanya akan pergi sekiranya terpaksa sahaja. Itu adalah jawapan "jujur" yang diberikan tatkala ditanya akan pandangan orang ramai berkaitan dengan perpustakaan negara. Tidak sekadar itu, mereka juga menganggap gedung ilmu itu hanya sesuai bagi golongan kanak-kanak dan penuntut institusi pengajian tinggi serta tidak bagi mereka yang sudah melepasi dunia itu. Bagi komuniti ini, perpustakaan hanyalah sebuah institusi pencarian atau rujukan terbaik dalam proses melengkapkan kajian atau bidang penyelidikan.  Baca Lagi.....
Utusan Malaysia Online (Sastera & Budaya) : 3 Mac 2012

  

 

Perpustakaan@Pondok Telefon Awam

How New York Pay Phones Became Guerrilla Libraries.

  

Katrina baca lebih 1,000 buku

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

2012/01/14
SELEPAS meraih emas Sukan SEA XXVI bulan lalu dalam acara renang berirama nama Katrina Ann Abdul Hadi sering menjadi bualan peminat sukan tanah air. Malah ada juga yang kagum dengan pencapaian diraih atlet tersebut bersama pasangannya, Shareen Hui hingga mampu membuka mata negara-negara luar terhadap sukan renang berirama Malaysia.
Barangkali tidak ramai mengetahui atlet yang ramah dan murah dengan senyuman itu pernah aktif dalam gimnastik dan olahraga (acara pecut), sebelum bergelar ratu renang berirama.Namun, dalam semua sukan tersebut renang berirama tetap menjadi sukan kesayangannya, selain menganggap acara yang disertai bukan semudah yang dilihat. Memiliki perwatakan yang ceria Katrina, 19, bukanlah individu yang gemar menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah, sebaliknya setiap masa lapangnya adalah dengan mentelaah buku-buku pengetahuan atau novel yang bertemakan fiksyen.
Menghabiskan buku yang mempunyai jumlah lebih 1,000 muka surat dalam masa sehari bukan sesuatu yang janggal buat Katrina kerana membaca dalam jumlah muka surat yang tebal sudah menjadi kebiasaan buatnya sejak kecil."Ketika latihan juga saya akan membawa buku untuk dibaca dan kawan-kawan juga dah biasa dengan cara saya ini. "Membaca adalah sesuatu yang memberikan kepuasan kepada saya tambahan pula bila dapat membaca sambil berbaring.
"Memang banyak masa saya adalah dengan membaca buku terutama buku-buku fiksyen. Semuanya saya akan baca dan habiskan dalam sehari jika tiada gangguan. "Jika nak dikira sejak di bangku sekolah rendah hingga kini saya telah membaca lebih 1,000 buku dan saya memang suka membaca," kata Katrina.
Kata Katrina, nikmat membaca buku akan bertambah apabila berupaya menggambarkan situasi yang tertulis dalam setiap muka surat, sekali gus membuatkan keinginan untuk terus mengetahui penamat sesuatu bahan bacaan tersebut."Ketika di sekolah rendah dahulu ada Program Bacaan Nilam dan saya sering menerima anugerah melalui program tersebut kerana terlalu banyak membaca sehingga tiada ruang untuk mengisi buku laporan yang disediakan."Di rumah saya ada koleksi buku yang amat banyak dan di situ ada beberapa buku yang saya minat kerana mempunyai jalan cerita menarik," kata Katrina. Bagi yang minat membaca buku fiksyen yang telah diadaptasikan ke filem Katrina ada pesanan buat anda. "Kalau mahu baca buku-buku sebegini seeloknya tengok dahulu filem tersebut dan kemudian baru baca buku tersebut kerana kepuasan akan lebih dirasai bila berbuat demikian," jelas Katrina. Pada tahun depan kejohanan yang bakal menjadi tumpuannya adalah Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang dijangka berlangsung pada April ini.



 Apa jadi pada buku selepas mati?

Agih, wakaf buku simati
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
2011/09/05
 

Bahan bacaan termasuk sebagai harta pusaka dan perlu ikut hukum faraid 

BUKU tidak hanya menjadi warisan dalam konteks isi kandungan dan ilmunya kepada pembaca, bahkan secara fizikal termasuk sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. Bagaimanapun, kedudukannya sebagai harta pusaka itu tidak disedari sehingga koleksi buku di perpustakaan peribadi tinggalan waris mereka yang meninggal dunia terbiar sehingga rosak kerana tidak lagi dijaga.

Sebahagian koleksi buku terutama karya nadir, teks lama dan manuskrip pula menjadi sangat berharga sehingga nilainya mampu mencecah puluhan ribu, malahan ada juga jutaan ringgit ,tetapi kadangkala tersorok di dalam almari atau loteng rumah kerana waris jahil terhadap nilainya dari segi ilmu dan material.

Imam 1 Masjid al-Hukama’, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Azman Ahmad, berkata buku yang ditinggalkan oleh si mati mempunyai manfaat yang besar kepada waris dan kepentingannya sama seperti tinggalan harta pusaka.

“Jika harta pusaka perlu dibahagi-bahagikan dengan adil dan saksama mengikut faraid dalam Islam, begitu juga buku yang ditinggalkan oleh si mati hendaklah dibahagikan sesama anak sekiranya boleh dimanfaatkan oleh mereka.

“Cendekiawan dan tokoh gerakan Islam, Imam Hassan al-Banna meninggalkan khazanah buku kepada anaknya, iaitu Wafa, Saiful Islam, Tsana, Raja’, Halah dan Istisyhad yang dapat memanfaatkan memanfaatkan buku yang sebelum itu menjadi cermin diri dan pemikiran ayah mereka,” katanya kepada Sastera di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Azman mengumpamakan buku yang menjadi harta pusaka seperti tanah atau rumah yang dipusakai oleh keluarga turun-temurun sehingga nilai dan harganya semakin tinggi apabila usianya makin bertambah.

“Oleh itu, sekiranya buku itu tidak boleh dimanfaatkan oleh waris tidak lama selepas kematian dan pembahagian faraid atas faktor usia atau ketidakupayaan untuk menguruskannya, maka harta itu dipindahkan kepada pemegang amanah.

“Ini kerana mungkin buku itu tidak dapat dimanfaatkan disebabkan keterbatasan ilmu dan usia, tetapi boleh digunakan apabila anak meningkat dewasa seperti buku agama yang ilmunya dapat dimanfaatkan bukan saja oleh anak, bahkan cucu-cicit sekiranya dipelihara dan dipulihara dengan baik,” katanya yang juga Pegawai Perancang Bahasa DBP.

Bagi waris yang berasa tidak dapat memanfaatkan buku yang ditinggalkan itu, Azman menyarankan mereka untuk menghadiahkan buku berkenaan kepada alim ulama atau mewakafkannya ke institusi ilmu supaya ia terus dimanfaatkan.

“Malah, waris juga boleh menggunakan kecanggihan teknologi maklumat untuk memuatnaikkan isi kandungan buku itu ke dunia maya sekiranya hak ciptanya sudah menjadi hak awam.

“Kelak buku tinggalan si mati itu boleh dicapai oleh jutaan pengguna dan pembaca, sekali gus pahala jariah yang diperoleh si mati akan terus berpanjangan,” katanya yang juga novelis Namaku Bukan Maria, Punya Cinta Ramadan dan Insyirah.

Bagaimanapun, Azman mengingatkan masyarakat tentang buku yang dinilai sebagai khazanah yang baik adalah buku yang sifatnya ‘mutlak’, iaitu tulisan yang baik dan kandungan ilmu memberi manfaat kepada pembaca.

“Ia bukan buku yang sifatnya ‘mutanajjis’, iaitu karya yang isi kandungannya sudahlah mengelirukan, bahkan merosakkan akidah dan akhlak warisnya sendiri.

“Buku yang menyeru ke arah akidah yang sesat dan akhlak yang rosak serta menghina Islam bukan saja tidak boleh dibaca, malah waris hendaklah membakarnya,” katanya.

Namun, Azman menegaskan waris perlu membezakan buku yang mutanajjis itu dengan buku yang bersifat ‘mustakmal’, iaitu asalnya baik kepada si mati ketika hidupnya tetapi kandungannya tidak sesuai dibaca oleh si waris dan orang awam. “Waris boleh mewakafkan buku berkenaan kepada individu atau institusi yang mempunyai wewenang agama atau ilmu untuk tujuan kajian atau simpanan dalam koleksi nadir sebagai bahan perbandingan dan bukti.

“Saya sendiri memiliki koleksi nadir, ‘al-Sab’ah min al-Salaf’ karya al-Sayid Murtada al-Sayid Muhammad al-Husaini yang isi kandungannya menuduh sahabat dan isteri Nabi sebagai sesat, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah serta Khalid al-Walid,” katanya.

Fikrah Azman itu bertepatan dengan pandangan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Ridzuan Awang yang menyarankan waris mengambil jalan muafakat untuk mewakafkan buku yang dimiliki saudara mereka yang meninggal dunia.

“Pada kebiasaannya buku yang juga termasuk dalam harta pusaka tidak dibahagi-bahagikan sesama waris, sebaliknya diberikan kepada pihak yang berkenaan kerana manfaatnya tidak berterusan.

“Pemberian itu menjadi amal jariah kepada si mati seperti apabila diwakafkan kepada perpustakaan umpamanya dengan syarat mendapat persetujuan waris yang terbabit,” katanya kepada Sastera di Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM, Bangi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Mohd Ridzuan mengingatkan harta pusaka berbentuk buku itu sekiranya menjadi rebutan dan menimbulkan pergaduhan di kalangan waris, harta terbabit perlu dibahagi-bahagikan mengikut faraid.

Mengenai tindakan waris membiarkan buku si mati sehingga terbiar dan rosak yang akhirnya dibakar, beliau berkata, tindakan itu sangat merugikan si mati kerana ‘menghalangnya’ daripada mendapat pahala yang berterusan sekiranya ia diwakafkan.

“Lagi pun banyak perpustakaan seperti di UKM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) mempunyai koleksi individu tertentu serta mengalu-alukan sumbangan buku.

“Biarlah waris menyedari mereka boleh menggunakan buku itu untuk memberi manfaat kepada si mati dalam bentuk wakaf di perpustakaan kerana pahalanya akan berlipat-ganda apabila semakin ramai orang membacanya secara berterusan,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Panel Penilai Karya Undang-undang DBP.

  

 

Kemelut buku kanak-kanak

Mahaya Mohd Yassin
Jalan keluar terletak di tangan semua ahli masyarakat dan bukan penerbit saja

KANCIL Menipu Buaya, Kisah Kura-kura dan Arnab serta Kisah Anjing dengan Bayang-bayang adalah antara buku sastera kanak-kanak yang suatu ketika dulu digemari dan meniti di bibir anak kecil terutama pada era 70 hingga 90-an. Bagaimanapun, kecanggihan teknologi dan arus pemodenan semasa mempengaruhi corak bacaan kanak-kanak yang bukan saja lumpuh minat membacanya, malahan mengubah cita rasa dan gaya pembacaan mereka.
Begitulah dilema yang terpaksa dihadapi syarikat pengeluar dan penerbit buku kanak-kanak yang menyifatkan genre buku bercorak lama dengan kisah dongeng, cerita rakyat dan sarat nilai pengajaran serta budaya Melayu tidak lagi mendapat tempat di hati pembeli dan pembaca. Baca Lagi.....
Berita Harian Online (Sastera) : 5 Disember 2011





SEMPENA FESTIVAL BUKU KANAK-KANAK 2011, 27 OKTOBER - 2 NOVEMBER 2011

Festival buku untuk kanak-kanak

BUDAYA membaca di kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah jika dibanding dengan negara-negara maju. Sedangkan membaca merupakan simbol masyarakat berilmu dan lambang kemajuan sesuatu bangsa. Membaca merupakan sumber pengetahuan dan sumber untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang.Buku merupakan wadah untuk mengajak manusia berfikir dan seterus memperoleh ilmu-ilmu baru untuk memajukan diri. Baca Lagi.....
Utusan Malaysia Online (Keluarga) : 27 Oktober 2011

 

 

Budayakan membaca demi generasi muda

PADA zaman serba canggih kini, jurang antara generasi kian ketara melihatkan perbezaan aktiviti membaca golongan dewasa dan kegilaan generasi muda bermain alat elektronik.
Namun, perbezaan antara medium cetak atau elektronik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meneruskan budaya membaca di kalangan generasi muda kerana ilmu hasil bahan bacaan itulah yang akan membentuk sahsiah diri dan pemikiran mereka kelak.

Untuk itu, buat julung-julung kalinya Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Festival Buku Kanak-Kanak 2011 (FBK2011) bermula 27 Oktober ini hingga 2 November 2011. Baca Lagi.....
Utusan Malaysia Online (Rencana) : 25 Oktober 2011

 

 

'Kanser' dalam industri buku.

Berita Harian : 11 Oktober 2011 (Sastera)
Link :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kanser_dalamindustribuku/Article/index_html






 

 

Tingkatkan minat membaca masyarakat

KANGAR: Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Raslin Abu Bakar menyarankan para pustakawan menggunakan kreativiti untuk meningkatkan minat masyarakat terhadap bahan-bahan bacaan akademik atau separuh akademik.
"Kita mahu melahirkan sebanyak mungkin masyarakat yang berkualiti dan berfikiran tinggi," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan PNM cawangan Perlis di sini hari ini. Beliau berkata, tahap minat membaca di kalangan rakyat Malaysia juga akan dipertingkatkan dari membaca antara lapan dan 12 buku setahun kepada 20 buah.

Beliau turut berharap para penerbit buku membantu PNM dalam mengembangkan idea berkualiti melalui penerbitan buku-buku berkualiti untuk pembinaan bangsa. Katanya, buku-buku itu boleh mereka sumbangkan kepada semua cawangan PNM dan perpustakaan desa. - Bernama
MyMetro : 13 Oktober 2011



Perpustakaan buku terapung di P. Klang

PELABUHAN KLANG - MV Logos Hope, satu-satunya kapal yang belayar mengeliling dunia sebagai perpustakaan dan kedai buku terapung, kini berlabuh di Pusat Pelayaran Pelabuhan Klang dekat sini.
Kapal sepanjang 132 meter yang berpangkalan di Jerman dan menawarkan pilihan lebih 5,000 judul buku itu akan berada di sini sehingga 23 Oktober.
Pengarah Urusan Logos Hope Gian Walser berkata, kapal itu sedang dalam pelayaran sulungnya mengelilingi dunia dan Malaysia menjadi negara timur pertama yang disinggahinya.
"Matlamat kami adalah untuk menjadikan buku mudah diperoleh dan mampu dibeli oleh sesiapa saja,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian pesta buku itu dekat sini hari ini. - Bernama
Kosmo! Online : 29 September 2011





Perpustakaan orang kaya

Dr Mahathir ajak derma buku

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan golongan berkemampuan di Malaysia mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya berharga. 
Dr Mahathir yang dipetik BERNAMA berkata, amalan itu menyamai tindakan di negara Barat seperti Amerika Syarikat yang mana golongan kaya mewujudkan perpustakaan dipenuhi pelbagai jenis buku lama yang didermakan selepas meninggal dunia. 
“Sepatutnya orang kaya di Malaysia ini membina perpustakaan mengandungi buku yang berharga. Apabila mereka meninggal dunia, bolehlah sumbangkan buku kepada perpustakaan untuk orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.Baca Lagi.....
Berita Harian Online(Nasional) : 24 April 2011
 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.