Ceramah Perancangan Rekabentuk Perpustakaan Awam

Unit Perpustakaan telah dijemput untuk memberikan Ceramah mengenai Perancangan Rekabentuk & Sistem  Pengurusan Perpustakaan Awam kepada pelajar Kursus Diploma Seni Bina(DSB) Sesi Jun 2011. Puan Hasnita Zakaria selaku Pustakawan Kanan POLISAS telah memberikan ceramah tersebut pada 8 Ogos 2011, bertempat di Bilik Tayangan Perpustakaan POLISAS.  Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, En Sulaiman Abdul Kadir, hasil projek rekabentuk pelajar tersebut akan dihantar bagi menyertai pertandingan Nippon Paint Young Designer's Award anjuran Nippon Paint Malaysia. Semoga Berjaya!

0 comments:

Post a Comment